Saturday 21 June 2014

Ramadhan Datang Lagi.


Pejam celik pejam celik dah nak sampai kita ke Ramadhan pada tahun 2014 ini.Sungguh pantas masa berlalu, rasenya baru lagi menyambut ramadhan dan raya tahun lepas.
Inilah masa..makin lama makin pantas meninggalkan kita samada kita sedari ataupun tidak. Masa yang telah menginggalkan kita akan terus berlalu tanpa kita dapat berbuat apa-apa.
Masa juga membawa kita semua ke suatu tempat yang kekal abadi, samada kita suka atau tidak, sedia ataupun tidak, yakin atau tidak, masa mengheret kita melakukan perjalanan membawa kita ke suatu tempat yang kekal abadi. yang tiada penghujung, tiada peluang berpatah balik, tiada peluang kedua ketiga dan tiada tiada dan tiada. Semuanya akan dihitung dan ditentukan nasib setiap jiwa bernama manusia. Hanya ada 2 tempat akhir untuk kita semua, tiada pertengahan. Salah satu tempat akan menjadi tempat tinggal kita yang kekal abadi, itulah  Hari Akhirat. Pilihan di tangan kita Syurga atau Neraka. Kita tentukan di dunia ini.

Kita yang diberi kesempatan oleh empunya alam ini bagi bertemu dengan Ramadhan kali ini bersyukur lah banyak-banyak. Ramai mana sahabat2 kita, orang yang kita kenal begitu mengingini utuk sampai ke Ramadhan ini namun Allah taala telah memanggil mereka pulang untuk bertemuNya.

Gunakanlah kesempatan yang diberi ini dengan sebaik-baiknya. Rebut segala macam kelebihan, ganjaran dan nikmat yang Allah taala berikan kepada kita di dalam bulan Ramadhan. Ganjarannya jika kita dapat lihat dan bandingkan dengan dunia dan isinya maka pasti kita akan meninggalkan segala kenikmatan dunia dan berkehendakkan Ramadhan ini sepanjang tahun, bukannya satu bulan sahaja!
Itulah Ramadhan yang Allah kurniakan keistimewaaanya hanya kepada umat Nabi Muhammad SAW.
Jadilah kita umat Nabi Muhammad SAW yang bersyukur dan bijak, menilai dengan mata hati bukannya dengan dunia.


Sekadar peringatan bersama.

No comments:

Post a Comment